

Huraian:
Sebagaimana analisis kami yang terakhir, emas telah didagangkan dalam aliran menurun, harga dilihat telah menguji tahap 1,305.94 pada jumlah di atas purata. Sepertimana yang dapat anda perhatikan pada graf, harga telah berjaya menembusi lanjutan Fibonacci 100% kami yang terletak pada harga 1,305.00, oleh itu kita berkemungkinan akan menguji pada tahap 1,334.00 (Lanjutan Fibonacci 161.8%). Berdasarkan pada carta harian, kita dapat memerhatikan bar ketidaktentuan pada jumlah di atas purata, yang mana ini adalah merupakan satu petanda bahawa mengambil pesanan membeli pada tahap ini kelihatan amat berisiko. Para pedagang dinasihatkan untuk lebih berhati-hati semasa mengambil pesanan membeli sebagaimana kita boleh melihat pembetulan penurunan harga yang berpotensi. Berdasarkan pada tindakan harga yang lalu, kami mendapati bahawa tahap sokongan terletak pada harga 1,300.00 (Penarikan Semula Fibonacci 38.2%). Menurut pada tempoh 1H, kita dapat memerhatikan bar kemuncak membeli yang kuat (bar kenaikkan harga pada jumlah ultra tinggi) dan menguji penarikan semula Fibonacci 61.8% pada harga 1,317.15, oleh itu para pedagang dinasihatkan untuk lebih berhati-hati dengan pesanan membeli pada tahap ini.
Pangsi Harian Titik Fibonacci:
Tahap Rintangan:
R1: 1,325.59
R2: 1,330.35
R3: 1,338.07
Tahap Sokongan:
S1: 1,310.15
S2: 1,305.39
S3: 1,297.67
Cadangan Perdagangan: Para pedagang dinasihatkan untuk lebih berhati-hati dengan pesanan membeli pada tahap ini sebagaimana kita telah mempunyai klimak belian pada bahagian belakang.