
Huraian:
Pasangan mata wang GBP/JPY ini diramalkan akan diniagakan di dalam julat. Kadar harga bagi pasangan mata wang ini telah disokong oleh selera risiko para pelabur yang positif, sentimen euro yang lebih baik dan permintaan dari pengimport Jepun. Walau bagaimanapun, keuntungan bagi pasangan mata wang GBP/JPY ini telah terjejas ekoran daripada penjualan pengeksport Jepun. Carta harian dilihat berkecenderungan positif sebagaimana MACD dan stokastik adalah aliran menaik, purata bergerak lima hari kian meningkat di atas MA 15 hari.
Cadangan Perdagangan:
Pasangan mata wang kini sedang berdagang di bawah titik pangsi. Oleh itu pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih rendah selagi harga kekal berada di bawah titik pangsi tersebut. Kedudukan menjual dicadangkan kepada para pedagang dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 172.55; penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membawa harga bergerak ke arah bawah yang seterusnya hingga ke tahap 171.85. Titik pangsi kekal berada pada tahap 173.40. Sekiranya harga bergerak ke arah yang bertentangan dan melantun semula daripada tahap sokongan tersebut dan bergerak di atas titik pangsi, maka harga dijangkakan akan meneruskan pergerakkan menaik. Bagi situasi ini, kedudukan membeli adalah dicadangkan kepada para pedagang dengan sasaran pertama diletakkan pada tahap 173.85 dan sasaran kedua pada tahap 174.25.
Tahap Rintangan:
173.85
174.25
174.75
Tahap Sokongan:
172.55
171.85
171.15