Huraian Umum untuk 27/06/2014 08:10 CET
Pasaran kekal merekodkan tahap rendah baru yang lebih rendah dan ini adalah sebab mengapa saya mengambil keputusan untuk melihat kali kedua pada perkiraan tempoh masa empat jam untuk menentukan sama ada perkiraan gelombang impulsif adalah lebih baik berbanding yang lain dan jika ia lebih sesuai dengan gambaran keseluruhan. Pada masa ini, perkembangan gelombang bagi pasangan mata wang ini kelihatan adalah sangat impulsif dan rekod tahap rendah baru perlu dijangkakan sebagai kitaran dimana aliran impulsif masih lagi belum selesai. Zon sasaran gelombang (v) hijau terletak di antara tahap 1.0644-1.0661 dan diramalkan akan terdapat beberapa lantunan semula harga didalam gelombang 4 merah pada tahap tersebut. Tahap utama untuk aliran menaik mendominasi adalah pada tahap 1.0751 (penembusan harga).
Sokongan/Rintangan:
1.0644 - 1.0661 - Zon Sasaran Gelombang (v)
1.0716 - Rintangan Teknikal
1.0751 - Tahap Tinggi Gelombang (iv)
1.0813 - Rintangan Teknikal
Cadangan Perdagangan:
Pedagang swing masih perlu mengekalkan kedudukan menjual terbuka dan tahap yang terbaik untuk menambah kepada kedudukan yang sedia ada adalah di antara tahap 1.0716-1.0751, dengan SL ditetapkan di atas tahap 1.0813 dan TP di bawah tahap 1.0644.
