
Huraian:
Pasangan mata wang GBP/JPY ini dijangkakan akan diniagakan dengan kecenderungan penurunan harga. Kadar harga bagi pasangan mata wang ini telah terjejas ekoran daripada risiko pelabur yang berkurangan dan jualan pengeksport Jepun. Walau bagaiamnapun, kerugian bagi pasangan mata wang GBP/JPY ini sedang diganggu oleh permintaan dari pengimport Jepun dan pelarasan kedudukan sebelum hujung minggu. Carta harian dilihat bercampur-campur sebagaimana MACD adalah aliran menaik, walau bagaimanapun stokastik beralih menurun.
Cadangan Perdagangan:
Pasangan mata wang kini sedang berdagang di bawah titik pangsi. Oleh itu pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih rendah selagi harga kekal berada di bawah titik pangsi tersebut. Kedudukan menjual dicadangkan kepada para pedagang dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 172.10; penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membawa harga bergerak ke arah bawah yang seterusnya hingga ke tahap 173.40. Titik pangsi kekal berada pada tahap 173.40. Sekiranya harga bergerak ke arah yang bertentangan dan melantun semula daripada tahap sokongan tersebut dan bergerak di atas titik pangsi, maka harga dijangkakan akan meneruskan pergerakkan menaik. Bagi situasi ini, kedudukan membeli adalah dicadangkan kepada para pedagang dengan sasaran pertama diletakkan pada tahap 173.85 dan sasaran kedua pada tahap 174.25.
Tahap Rintangan:
173.85
174.25
174.75
Tahap Sokongan:
172.10
171.85
171.50