

Huraian:
Sebagaimana analisis kami yang terakhir, emas telah didagangkan dalam aliran mendatar, disekitar harga 1,316.00, kita masih menunggu jumlah yang lebih besar dan tindakan harga. Sepertimana yang dapat anda perhatikan di dalam graf, harga telah menembusi lanjutan Fibonacci 100% kami yang terletak pada harga 1,305.00, oleh yang demikian, kita berkemungkinan akan dapat melihatn ujian harga pada tahap 1,334.00 (Lanjutan Fibonacci 161.8%). Berdasarkan pada carta harian, kita mendapati bahawa terdapat bar ketidaktegasan yang lain pada jumlah di atas purata, yang mana ini adalah merupakan satu petanda bahawa pesanan membeli pada peringkat ini adalah amat berisiko. Para pedagang dinasihatkan untuk lebih berhati-hati semasa mengambil pesanan membeli, kerana kita mungkin akan dapat melihat pembetulan penurunan harga yang berpotensi. Berdasarkan pada tindakan harga yang lalu, kami mendapati bahawa tahap sokongan terletak pada harga 1,300.00 (Penarikan semula Fibonacci 38.2%). Mengikut pada carta 4H pula, kita boleh memerhatikan bekalan berada pada jumlah di bawah purata, yang mana ini adalah merupakan satu petanda baik bahawa kita berkemungkinan akan dapat melihat pergerakan penurunan harga yang berpotensi.
Pangsi Harian Titik Fibonacci:
Tahap Rintangan:
R1: 1,320.07
R2: 1,323.33
R3: 1,328.60
Tahap Sokongan:
S1: 1,309.53
S2: 1,306.27
S3: 1,301.00
Cadangan Perdagangan: Para pedagang dinasihatkan agar lebih berhti-hati dengan pesanan membeli pada tahap ini sebagaimana kita telah mempunyai klimak belian pada bahagian belakang.