
Huraian
Seperti yang digambarkan pada carta 4H hari ini, emas menemui kegagalan sekali lagi dalam usaha untuk menembusi sokongan yang terletak pada tahap 20.90 dan harga masih didagangkan di antara tahap sokongan dan di bawah tahap rintangan 21.20. Pada masa ini, harga dilihat sedang melantun dari tahap sokongan dan akan memulaka pergerakkan menaik. Oleh itu, kami masih mencadangkan kepada para pedagang untuk menunggu sehingga harga menutup di atas tahap rintangan 21.20 sekiranya harga melantun dari tahap sokongan untuk memberikan kita satu lagi peluang baru untuk isyarat membeli yang seterusnya dengan sasaran pertama terletak beberapa pips di bawah tahap rintangan 21.50. Kemudian selepas harga berjaya menembusi pada tahap rintangan ini, perak akan membuka jalan menuju ke arah rintangan yang terletak di tahap 21.75, di mana ini menandakan bahawa akan terdapat isyarat kenaikkan harga yang selanjutnya, walau bagaimanapun selagi emas didagangkan di bawah tahap rintangan 21.20, maka ia akan membatalkan senario kenaikkan harga.
Tahap Rintangan dan Sokongan: R3 (21.75), R2 (21.50), R1 (21.20), S1 (20.90), S2 (20.50)