Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ Analisis Teknikal USD/CHF untuk 30 Jun, 2014

parent
Analisis Forex:::2014-06-30T15:57:33

Analisis Teknikal USD/CHF untuk 30 Jun, 2014

Analisis Teknikal USD/CHF untuk 30 Jun, 2014

Huraian:

Pasangan mata wang USD/CHF ini diramalkan akan diniagakan dalam julat yang lebih rendah. Kadar harga telah dilemahkan oleh sentimen dolar yang negatif dan permintaan mata wang franc semasa pasangan CHF/JPY mengukuh. Walau bagaimanapun, kerugian bagi pasangan mata wang USD/CHF ini sedang dipengaruhi oleh pelonggaran dasar monetari oleh Bank Negara Swiss. Carta harian dilihat berkecenderungan negatif sebagaimana MACD adalah aliran penurunan harga, stokastik kekal dibawah tekanan di zon terlebih jual, purata pergerakkan lima hari kini terletak di bawah 15 hari MA dan kian menurun.

Cadangan Perdagangan:


Pasangan mata wang kini sedang berdagang di bawah titik pangsi. Oleh itu pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih rendah selagi harga kekal berada di bawah titik pangsi tersebut. Kedudukan menjual dicadangkan kepada para pedagang dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 0.8840; penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membawa harga bergerak ke arah bawah yang seterusnya hingga ke tahap 0.8825. Titik pangsi kekal berada pada tahap 0.8925. Sekiranya harga bergerak ke arah yang bertentangan dan melantun semula daripada tahap sokongan tersebut dan bergerak di atas titik pangsi, maka harga dijangkakan akan meneruskan pergerakkan menaik. Bagi situasi ini, kedudukan membeli adalah dicadangkan kepada para pedagang dengan sasaran pertama diletakkan pada tahap 0.8940 dan sasaran kedua pada tahap 0.8955.


Tahap Rintangan:
0.8940
0.8955
0.8985

Tahap Sokongan:
0.8840
0.8825
0.88

Kongsi artikel ini:
parent
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...