
Huraian:
Pasangan mata wang NZD/USD ini diramalkan akan mengukuh sebagaimana peserta pasaran kini sedang menanti laporan gaji bukan perladangan AS. Kenaikkan harga bagi pasangan mata wang NZD/USD ini telah didorong oleh permintaan mata wang dolar NZ sewaktu pasangan AUD/NZD melemah, permintaan dolar NZ pada pasangan NZD/JPY sewaktu selera risiko pelabur positif, pendirian dasar kewangan yang agresif oleh Bank Rizab New Zealand dan perbezaan kepentingan pasangan NZD-USD. Walau bagaimanapun, keuntungan bagi pasangan mata wang NZD/USD ini telah terjejas akibat daripada sentimen USD yang positif. Carta harian dilihat masih berkecenderungan positif sebagaimana MACD adalah aliran menaik, stokastik kekal tinggi di zon terlebih beli, purata pergerakkan lima dan 15 hari juga kian meningkat.
Cadangan Perdagangan:
Pasangan mata wang ini berdagang di atas titik pangsi. Pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih tinggi di atas titik pangsi tersebut. Selagi harga kekal berada di atas titik pangsi tersebut, dagangan dalam julat yang lebih tinggi adalah amat berpotensi dan kedudukan membeli dicadangkan kepada para pedagang di atas titik pangsi ini dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 0.88 dan seterusnya sasaran yang kedua pada tahap 0.8835. Untuk senario alternatif, sekiranya harga bergerak di bawah titik pangsi tersebut, maka para pedagang disarankan untuk membuka kedudukan menjual dengan menetapkan sasaran pertama pada 0.87. Penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membolehkan pasangan mata wang ini bergerak ke arah bawah yang seterusnya dengan sasaran kedua terletak pada tahap 0.8680. Titik pangsi kekal terletak pada tahap 0.8740.
Tahap Rintangan:
0.8800
0.8835
0.8860
ahap Sokongan:
0.87
0.8680
0.8655