EUR/USD: Selepas gagal untuk menembusi garisan rintangan yang terletak pada tahap 1.3700 untuk aliran menaik, harga dilihat telah menjunam hampir 100 pips. Penurunan harga yang besar ini cukup kuat untuk mengatasi kecenderungan kenaikkan harga baru-baru ini di dalam pasaran. Ini menandakan bahawa kedudukan membeli didalam pasaran adalah tidak lagi wajar, kini terdapat Corak Pengesahan penurunan harga didalam carta.

USD/CHF: Hasil daripada reaksi harga bagi pasangan mata wang ini, kelihatan terdapat satu lagi petunjuk dagangan membeli. Petunjuk perdagangan membeli akan menjadi kukuh apabila harga menguji rintangan yang terletak pada tahap 0.8950. Oleh itu, mata wang USD berkemungkinan besar akan terus mengukuh. Julat % Williams kini sudah berada di rantau terlebih beli, menunjukkan bahawa aliran kenaikkan harga kini sudah mengukuh. Meskipun diramalkan akan terdapat beberapa pembetulan penurunan harga di sepanjang jalan, harga perlu bergerak ket tahap jauh lebih tinggi.

GBP/USD: Setelah berhadapan dengan pelbagai cabaran dan halangan disekitar wilayah pengumpulan pada tahap 1.7150, mata wang Pound berjaya untuk meningkat ke tahap yang lebih tinggi. Sasaran yang seterusnya terletak pada wilayah bekalan 1.7200. Sebagaimana mata wang Pound kini berkorelasi negatif dengan pasangan EUR/USD, maka adalah diramalkan bahawa akan terdapat penarikan semula harga kerana pasaran kini dilihat sedang menuju ke arah atas.

USD/JPY: Pasangan mata wang ini masih lagi didagangkan dalam aliran menaik, tetapi kerana lonjakan secara tiba-tiba pada mata wang JPY, pada masa ini kelihatan terdapat pembetulan penurunan harga. Bagi mengekalkan prospek aliran menaik, pembetulan kenaikkan harga tidak seharusnya membawa harga berdagang di bawah tahap permintaan 101.50.

EUR/JPY: Situasi dagangan bagi pasangan mata wang EUR/JPY ini benar-benar tidak menentu, sebagaimana kecenderungan baru-baru ini adalah kenaikkan harga, walau bagaimanapun EUR telah menjadi lemah manakala JPY sedang cuba untuk menunjukkan kekuatan. Kita mungkin perlu menunggu untuk melihat tindakan pasaran yang seterusnya sebelum mengambil sebarang pesanan.
