
Huraian:
Pasangan mata wang NZD/USD ini diramalkan akan mengukuh dengan risiko yang lebih rendah. Kadar harga bagi pasangan mata wang ini telah dilemahkan oleh sentimen USD yang positif, penjualan mata wang dolar NZ sewaktu pasangan AUD/NZD melantun serta risiko yang malap. Walau bagaimanapun, kerugian bagi pasangan mata wang NZD/USD ini telah dipengaruhi oleh pendirian agresif Bank Rizab New Zealand terhadap dasar monetari dan perbezaan kepentingan bagi pasangan NZD/USD. Carta harian dilihat berkecenderungan negatif sebagaimana stokastik telah jatuh dari zon terlebih beli, MACD mengadakan crossover penurunan harga berbanding purata pergerakkan eksponen, walaupun corak inside-day-range telah berakhir pada hari Jumaat.
Cadangan Perdagangan:
Pasangan mata wang ini berdagang di atas titik pangsi. Pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih tinggi di atas titik pangsi tersebut. Selagi harga kekal berada di atas titik pangsi tersebut, dagangan dalam julat yang lebih tinggi adalah amat berpotensi dan kedudukan membeli dicadangkan kepada para pedagang di atas titik pangsi ini dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 0.88 dan seterusnya sasaran yang kedua pada tahap 0.8835. Untuk senario alternatif, sekiranya harga bergerak di bawah titik pangsi tersebut, maka para pedagang disarankan untuk membuka kedudukan menjual dengan menetapkan sasaran pertama pada 0.87. Penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membolehkan pasangan mata wang ini bergerak ke arah bawah yang seterusnya dengan sasaran kedua terletak pada tahap 0.8680. Titik pangsi kekal terletak pada tahap 0.8725.
Tahap Rintangan:
0.8800
0.8835
0.8860
Tahap Sokongan:
0.87
0.8680
0.8650