Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ Analisis Teknikal USD/CHF untuk 07 Julai, 2014

parent
Analisis Forex:::2014-07-07T15:23:00

Analisis Teknikal USD/CHF untuk 07 Julai, 2014

Analisis Teknikal USD/CHF untuk 07 Julai, 2014

Huraian:

Pasangan mata wang USD/CHF ini diramalkan akan mengukuh dengan kecenderungan kenaikkan harga selepas harga mencecah tahap tinggi enam hari tinggi 0.8952 pada hari Jumaat. Kenaikkan harga ini telah didorong oleh sentimen dolar yang positif dan penjualan mata wang franc sewaktu pasangan EUR/CHF engukuh dan kelemahan pasangan CHF/JPY. Carta harian dilihat berkecenderungan positif sebagaimana stokastik semakin meningkat dari zon terlebih jual, bar negatif MACD histogram kini masih berlangsung.

Cadangan Perdagangan:

Pasangan mata wang ini berdagang di atas titik pangsi. Pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih tinggi di atas titik pangsi tersebut. Selagi harga kekal berada di atas titik pangsi tersebut, dagangan dalam julat yang lebih tinggi adalah amat berpotensi dan kedudukan membeli dicadangkan kepada para pedagang di atas titik pangsi ini dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 0.8960 dan seterusnya sasaran yang kedua pada tahap 0.8975. Untuk senario alternatif, sekiranya harga bergerak di bawah titik pangsi tersebut, maka para pedagang disarankan untuk membuka kedudukan menjual dengan menetapkan sasaran pertama pada 0.8880. Penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membolehkan pasangan mata wang ini bergerak ke arah bawah yang seterusnya dengan sasaran kedua terletak pada tahap 0.8860. Titik pangsi kekal terletak pada tahap 0.8925.

Tahap Rintangan: 
0.8960
0.8975
0.90

Tahap Sokongan:
0.8880
0.8860
0.8840

Kongsi artikel ini:
parent
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...