AUD/USD

Pasangan mata wang ini telah ditolak pada Ema 200 Minggu pada bulan Oktober 2013 di tahap 0.9757. Minggu lalu, ia telah ditolak sekali lagi pada Ema 200 minggu yang terletak pada tahap 0.9504. Aliran jangka sederhana akan berubah jika pasangan mata wang ini berjaya menembusi rintangan pada tahap 0.9545 pada asas penutupan. Untuk aliran menurun, pasangan mata wang ini dilihat mempunyai sokongan yang terletak pada tahap 0.9320 dan 0.9274, peenmbusan harga di bawah ini akan membolehkan kita melihat satu lagi pusingan jualan untuk ke tahap 1.9188.

Untuk minggu 08-11 Julai, corak perdagangan meliputi kawasan 0.94-0.9320. Sekiranya pasangan mata wang ini menembusi untuk aliran menaik, maka kita berkemungkinan akan dapat melihat beberapa penarikan semula sehingga mencecah ke tahap 0.9443 dan di sebelah yang lebih rendah, jika harga menembusi pada tahap 0.9320, maka adalah diramalkan bahawa kita akan dapat melihat harga mencecah pada tahap 0.9290 dan 0.9260.