
Tinjauan Teknikal dan Carta Persediaan:
1. Pasangan mata wang EUR/JPY kelihatan seolah-olah akan menjunam ke tahap yang lebih rendah selepas harga diterbalikkan dari tahap rintangan Fibonacci 0.618 disekitar 139.20, lebih awal. Penembusan harga di bawah tahap 137.80 akan mendorong harga untuk mempercepatkan aliran penurunan yang selanjutnya dan pasangan mata wang ini dijangkakan akan bergerak ke arah tahap 136.00 dan lebih rendah.
2. Sokongan bagi pasangan mata wang ini dilihat terletak pada tahap 137.70, dan diikuti dengan tahap 136.00, 134.00 dan seterusnya tahap yang lebih rendah, manakala rintangan pula dilihat berada pada tahap 140.00, dan diikuti maisng-masing dengan tahap 141.00, 142.50/143.50 dan seterusnya tahap yang lebih tinggi.
3. Struktur menunjukkan bahawa pasangan mata wang EUR/JPY ini perlu untuk menembusi ke tahap yang lebih rendah lagi. Lantunan kenaikkan harga pada tahap ini berpotensi melalui tahap 140.00.
Cadangan Perdagangan:
Kekal menjual, dan gerakkan kedudukan Stop Loss ke Tahap pulang modal, manakala tahap sasaran kekal terbuka.
Semoga berjaya!