
Huraian:
Pasangan mata wang USD/CHF ini diramalkan akan mengukuh selepas harga mencecah tahap tinggi dua minggu di tahap 0.8959 pada hari Isnin. Sentimen CHF telah dirangsang ekoran daripada peningkatan dalam kadar pengangguran Switzerland kepada 2.9% pada bulan Jun berbanding 3.0% pada bulan Mei. Walau bagaimanapun, penurunan harga bagi pasangan mata wang USD/CHF telah dihadkan oleh penjualan franc sewaktu pasangan EUR/CHF mengukuh dan pasangan CHF/JPY melemah. Carta harian dilihat masih berkecenderungan positif sebagaimana stokastik adalah aliran menaik, bar negatif histogram MACD masih mengukuh, purata pergerakkan lima hari semakin meningkat di atas MA 15 hari.
Cadangan Perdagangan:
Pasangan mata wang ini berdagang di atas titik pangsi. Pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih tinggi di atas titik pangsi tersebut. Selagi harga kekal berada di atas titik pangsi tersebut, dagangan dalam julat yang lebih tinggi adalah amat berpotensi dan kedudukan membeli dicadangkan kepada para pedagang di atas titik pangsi ini dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 0.8960 dan seterusnya sasaran yang kedua pada tahap 0.8975. Untuk senario alternatif, sekiranya harga bergerak di bawah titik pangsi tersebut, maka para pedagang disarankan untuk membuka kedudukan menjual dengan menetapkan sasaran pertama pada 0.8880. Penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membolehkan pasangan mata wang ini bergerak ke arah bawah yang seterusnya dengan sasaran kedua terletak pada tahap 0.8860. Titik pangsi kekal terletak pada tahap 0.8925.
Tahap Rintangan:
0.8960
0.8975
0.90
Tahap Sokongan:
0.8880
0.8860
0.8840