EUR/USD: Keadaan pasaran ini berkemungkinan akan berakhir dengan ancaman isyarat penurunan harga didalam pasaran. Malah, isyarat penurunan harga juga kini sedang terancam. Harga dilihat telah bergerak sedikit menaik pada minggu ini, walau bagaimanapun ia akan berkemungkinan akan menyatakan isyarat penurunan harga yang tidak sah apabila harga menembusi garisan rintangan yang terletak pada tahap 1.3650 untuk aliran menaik.

USD/CHF: Pengukuhan harga semasa untuk aliran menurun bukanlah sesuatu yang baik untuk isyarat kenaikkan harga pada baru-baru ini untuk pasangan mata wang USDCHF. Harga tidak seharusnya bergerak di bawah tahap sokongan 0.8900; Jika tidak, isyarat kenaikkan harga sama sekali tidak akan berguna lagi. Sementara itu, harga dilihat berpotensi untuk pergi lebih tinggi menuju ke tahap rintangan yang terletak pada 0.8950. Harga juga boleh melepasi tahap tersebut untuk aliran menaik.

GBP/USD: Selain daripada terdapat ujian kenaikkan harga pada pasaran ini, perdagangan pendek juga dianggap tidak lagi rasional. Malah, harga mempunyai kebarangkalian yang lebih tinggi untuk terus bergerak ke tahap yang lebih tinggi (adalah perlu diingatkan juga bahawa pasangan EUR/USD berkemungkinan akan pergi kepada korelasi positif dengannya).

USD/JPY: Bagi pasangan mata wang ini, harga dilihat sedang didagangkan di bawah EMA 56 dan tempoh RSI 14 kini berada di bawah tahap 50. Ambil pesanan menjual pada masa sekarang. Pasaran kemudianya berkemungkinan akan mencapai tahap permintaan yang terletak pada 101.00, walau bagaimanapun pasangan perlu untuk menembusi tahap permintaan 101.50 ini dahulu.

EUR/JPY: Bagi pasangan mata wang EUR/JPY ini pula, dagangan dalam aliran kenaikkan harga telah berakhir, dan ini telah menyebabkan Corak Pengesahan penurunan harga kelihatan didalam carta. Ini berlaku kerana EMA 11 telah melintasi EMA 56 untuk aliran penurunan harga tersebut, dan tempoh RSI 14 telah melintasi tahap 50 juga untuk aliran menurun. Harga berpotensi untuk menguji zon permintaan yang terletak pada tahap 138.00, dan juga berkemungkinan untuk menembusi tahap tersebut bagi meneruskan aliran arah bawah.
