Huraian Umum untuk 09/07/2014 10:20 CET
Pasaran kini dilihat sedang didagangkan dalam julat harga yang lebih kecil di antara tahap 1.0617-1.0695. Ekoran daripada kekurangan momentum penurunan harga, pembetulan harga yang mudah mungkin akan menjadi lebih kompleks dan memerlukan masa yang lebih panjang. Bentuk kitaran kompleks yang berkemungkinan adalah tiga corak berganda. Ini bermakna pasaran mungkin akan kekal didagangkan dalam julat harga ini untuk beberapa waktu dan mana-mana penembusan harga mungkin menjadi akan sesuatu yang palsu. Walau bagaimanapun, untuk gambaran jangka lebih besar kecenderungan pasaran masih memihak kepada aliran penurunan harga.
Sokongan/Rintangan:
1.0766 - WR3
1.0750 - Rintangan Teknikal
1.0731 - WR2
1.0690 - WR1
1.0660 - Sokongan Urusniaga Harian
1.0654 - Pangsi Mingguan
1.0614 - WS1
1.0578 - WS2
Cadangan Perdagangan:
Kedudukan menjual yang telah diambil semalam masih perlu dikekalkan. Manakala SL dan tahap TP adalah sama. Sila laraskan pesanan TP, walaupun sekiranya struktur ini telah berubah menjadi yang lebih kompleks. Para pedagang dinasihatkan untuk berdagang dengan lebih berhati-hati.
Bagi para pedagang yang lain yang merasakan tidaka selesa dengan julat perdagangan, adalah dinasihatkan kepada anda agar jangan lakukan dagangan sehingga kitaran pembetulan harga ini selesai.
