
Tinjauan Teknikal dan Carta Persediaan:
1. Pasangan mata wang EUR/JPY ini dilihat telah melantun daripada garisan sokongan pertengahan yang terletak berhampiran pada tahap 137.80/90 pada hari semalam. Pada masa ini, harga kini sedang ditarik semula ke arah tahap yang sama. Penembusan harga pada tahap ini berpotensi untuk menyebabkan pasangan ini menjadi sangat lemah sekaligus mendedahkan tahap 137.70, sekurang-kurangnya.
2. Sokongan bagi pasangan mata wang ini dilihat terletak pada tahap 137.70, diikuti dengan tahap 136.00, 134.00 dan seterusnya tahap yang lebih rendah. Manakala rintangan pula dilihat berada pada tahap 139.20, dan diikuti masing-masing dengan tahap 140.00, 141.00 dan seterusnya tahap yang lebih tinggi.
3. Struktur menunjukkan bahawa pasangan mata wang EUR/JPY ini berkemungkinan akan berada di bawah tekanan di bawah tahap 138.00.
Cadangan Perdagangan:
Kekal pada pesanan membeli yang telah diambil pada hari semalam, dengan menetapkan kedudukan Stop Loss di bawah tahap 138.70.
Semoga berjaya!