Indeks dolar kekal bawah rintangan jangka masa pendek dan sedang bertahan atas sokongan Ichimoku cloud jangka masa pendek.Seperti yang ditunjukkan dalam carta 4 jam dibawah,isyarat beli akan diberikan sebaik sahaja penembusan atas garisan aliran biru.Isyarat jual akan diberikan jika kita menembusi bawah garisan aliran sokongan merah pada 80.

Jika indeks dolar menembusi atas rintangan garisan aliran biru pada 80.20,ia juga akan menembusi atas Ichimoku cloud.Ini akan memberikan kita sekurang-kurangnya sasaran 80.60 dengan peluang yang baik untuk pergerakkan yang tinggi ke arah 81.Selagi kita berdagang dibawah garisan aliran biru,pedaga harian diunjurkan untuk menjadi neutral atau menurun.

Carta harian menunjukkan bahawa harga sedang disokong dan kita tidak boleh menjual pada tahap semasa.Jika sokongan pada 79.75 ditembusi,maka kita mencadangkan untuk posisi jual.Jika harga mnembusi atas 80.40 yang adalah kawasan ketinggian yang sebelumnya,ia juga perlu menembusi atas Ichimoku cloud dalam carta harian.Ini akan menjadi isyarat beli yang baik yang boleh membawah indeks berhampiran 80.70.Sokongan diletakkan sekarang.Maka,saya cadangkan untuk menaik selagi kita bertahan atas 79.75 pada dasar harian.