Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ Analisis Teknikal NZD/USD untuk 14 Julai, 2014

parent
Analisis Forex:::2014-07-14T15:45:38

Analisis Teknikal NZD/USD untuk 14 Julai, 2014

Analisis Teknikal NZD/USD untuk 14 Julai, 2014

Huraian:

Pasangan mata wang NZD/USD ini diramalkan akan diniagakan di dalam julat. Kadar harga bagi pasangan mata wang ini telah disokong oleh permintaan mata wang dolar NZ sewaktu pasangan AUD/NZD melemah, penghindaran risiko yang berkurangan, pendirian agresif Bank Rizab New Zealand terhadap dasar monetari, perbezaan kepentingan bagi pasangan NZD-USD, dan permintaan mata wang NZD sewaktu pasangan NZD/CAD mengukuh. Walau bagaimanapun, kenaikkan bagi pasangan NZD/USD ini telah dihadkan oleh aktiviti pengambilan untung ke atas kedudukan membeli NZD. Carta harian dilihat masih berkecenderungan positif sebagaimana MACD adalah aliran menaik, stokastik kekal tinggi di zon terlebih beli, purata pergerakkan lima dan 15 hari kian meningkat.

Cadangan Perdagangan:
Pasangan mata wang ini berdagang di atas titik pangsi. Pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih tinggi di atas titik pangsi tersebut. Selagi harga kekal berada di atas titik pangsi tersebut, dagangan dalam julat yang lebih tinggi adalah amat berpotensi dan kedudukan membeli dicadangkan kepada para pedagang di atas titik pangsi ini dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 0.8835 dan seterusnya sasaran yang kedua pada tahap 0.8860. Untuk senario alternatif, sekiranya harga bergerak di bawah titik pangsi tersebut, maka para pedagang disarankan untuk membuka kedudukan menjual dengan menetapkan sasaran pertama pada 0.8770. Penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membolehkan pasangan mata wang ini bergerak ke arah bawah yang seterusnya dengan sasaran kedua terletak pada tahap 0.8735. Titik pangsi kekal terletak pada tahap 0.8795.

Tahap Rintangan:
0.8835
0.8860
0.8890

Tahap Sokongan:
0.8770
0.8735
0.8710

Kongsi artikel ini:
parent
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...