
Huraian:
Pasangan mata wang USD/CHF ini diramalkan akan diniagakan dalam julat harga yang lebih tinggi. Kadar harga bagi pasangan mata wang ini telah dipengaruhi oleh permintaan mata wang franc sewaktu pasamngan CHF/JPY mengukuh. Walau bagaimanapun, penurunan harga bagi pasangan mata wang USD/CHF ini telah dihadkan oleh dasar monetari dovish oleh Bank Negara Swiss serta penjualan mata wang franc sewaktu pasangan EUR/CHF mengukuh. Carta harian dilihat bercampur-campur sebagaimana Stokastik adalah aliran menaik, namun MACD beraa didalam mod penurunan harga.
Cadangan Perdagangan:
Pasangan mata wang ini berdagang di atas titik pangsi. Pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih tinggi di atas titik pangsi tersebut. Selagi harga kekal berada di atas titik pangsi tersebut, dagangan dalam julat yang lebih tinggi adalah amat berpotensi dan kedudukan membeli dicadangkan kepada para pedagang di atas titik pangsi ini dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 0.8975 dan seterusnya sasaran yang kedua pada tahap 0.8990. Untuk senario alternatif, sekiranya harga bergerak di bawah titik pangsi tersebut, maka para pedagang disarankan untuk membuka kedudukan menjual dengan menetapkan sasaran pertama pada 0.8895. Penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membolehkan pasangan mata wang ini bergerak ke arah bawah yang seterusnya dengan sasaran kedua terletak pada tahap 0.8880. Titik pangsi kekal terletak pada tahap 0.8920.
Tahap Rintangan:
0.8975
0.8990
0.9025
Tahap Sokongan:
0.8895
0.8880
0.8860