Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ Analisis Teknikal USD/JPY untuk 16 Julai, 2014

parent
Analisis Forex:::2014-07-16T15:29:13

Analisis Teknikal USD/JPY untuk 16 Julai, 2014

Analisis Teknikal USD/JPY untuk 16 Julai, 2014

Huraian:

Pasangan mata wang USD/JPY ini diramalkan akan mengukuhkan dalam julat yang lebih tinggi. Kadar harga bagi pasangan mata wang USD/JPY ini telah didorong oleh sentimen dolar yang positif (Spot ICE indeks dolar terdahulu 80.38 berbanding 80.17 pada awal hari Selasa) sebagaimana kadar hasil Perbendaharaan AS mencatatkan kenaikkan selepas pengerusi Rizab Persekutuan, Janet Yellen mengulangi komitmen terdahulu beliau terhadap kadar dasar hampir sifar dalam keterangannya Kongres beliau tetapi berkata Fed boleh melaksankan kenaikkan kadar lebih awal sekrianya data ekonomi terus mencatatkan kenaikkan. Kenaikkan bagi pasangan USD/JPY ini juga telah disokong oleh permintaan dari pengimport Jepun dan peningkatan yang dicatatkan di dalam indeks pembuatan pengerusi New York kepada 25.60 pada bulan Julai, tahap tertinggi untuk tempoh lebih daripada empat tahun, berbanding 19.28 pada bulan Jun. Walau bagaimanapun, sentimen USD ini telah terjejas akibat daripada 0.2% peningkatan yang lebih lemah daripada yang dijangkakan pada bulanan dalam jualan runcit AS Jun (berbanding ramalan +0.6%); lebih kecil daripada jangkaan 0.1% peningkatan pada bulanan dalam Indeks harga Import Amerika Syarikat bagi bulan Jun (berbanding ramalan +0.4%). Keuntungan bagi pasangan mata wang USD/JPY ini juga telah diganggu oleh jualan pengeksport Jepun dan penamatan dana pembiayan perdagangan JPY di tengah-tengah selera risiko pelabur yang semakin berkurangan (tolok ketakutan VIX meningkat 1.18% kepada 11.96; S&P 500 susut 0.19% pada hari semalam untuk ditutup pada 1,973.28) sebagaimana Yellen juga menyatakan ketidakpastian mengenai ekonomi dan memaklumkan bahawa terdapat beberapa penilaian saham kelihatan meregang. Kesan FX bercampur-campur pada JPY hari Selasa sebagaimana Bank of Japan mengekalkan dasar kenaikkan asas kewangan negara pada kadar tahunan Y60 trilion kepada Y70 trilion tetapi terdapat sedikit penurunan pada unjuran pertumbuhan bagi negara ini bagi tahun fiskal semasa yang berakhir pada bulan Mac kepada 1.0% berbanding 1.1%; Gov BOJ, Kuroda tidak berapa mempercayai pada spekulasi bahawa pertumbuhan yang lemah akan menghalang BOJ daripada mencapai sasaran inflasi 2%, menunjukkan bahawa tidak ada rancangan bagi langkah-langkah pelonggaran tambahan.

Ulasan Teknikal:
Carta harian dilihat bercampur-campur sebagaimana MACD adalah aliran menurun, walau bagaimanapun stokastik kini berada didalam mod kenaikkan harga.

Cadangan Perdagangan:
Pasangan mata wang ini berdagang di atas titik pangsi. Pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih tinggi di atas titik pangsi tersebut. Selagi harga kekal berada di atas titik pangsi tersebut, dagangan dalam julat yang lebih tinggi adalah amat berpotensi dan kedudukan membeli dicadangkan kepada para pedagang di atas titik pangsi ini dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 101.85 dan seterusnya sasaran yang kedua pada tahap 102.05. Untuk senario alternatif, sekiranya harga bergerak di bawah titik pangsi tersebut, maka para pedagang disarankan untuk membuka kedudukan menjual dengan menetapkan sasaran pertama pada 101.20. Penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membolehkan pasangan mata wang ini bergerak ke arah bawah yang seterusnya dengan sasaran kedua terletak pada tahap 101.05. Titik pangsi kekal terletak pada tahap 101.45.

Tahap Rintangan:
101.85
102.05
102.25

Tahap Sokongan:
101.20
101.05
100.80

Kongsi artikel ini:
parent
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...