Harga Emas kini dilihat telah meneruskan pergerakkan menaik seperti yang kita jangkakan dalam analisis kami semalam. Gelombang penurunan 5 telah selesai pada hari semalam dan sepertimana yang telah saya nyatakan dalam analisis semalam, lantunan menaik ke arah penarikan semula harga 61.8% adalah sangat berpotensi.

Sebagaimana yang ditunjukkan pada carta 4 jam di atas, Emas kini dilihat sedang menuju ke arah rintangan utama pertama penarikan semula 38% di mana kami juga sedang mencari gelombang 4 tahap yang lebih kecil. Ini adalah merupakan satu kawasan yang sangat biasa bagi penarikan semula harga. Oleh yang demikian, saya percaya bahawa pasaran pasti akan melihat harga bergerak di atas harga $ 1,310. Selain itu, pembetulan kenaikkan harga berpotensi untuk berlaku walaupun ke arah harga $ 1,324. Penarikan semula 61.8% pada harga $ 1,324 di mana tahap ini juga adalah merupakan tahap sasaran kami. Sebagaimana pergerakkan menaik ini bermula selepas gelombang penurunan 5, maka kami menjangkakan akan terdapat satu lagi gelombang penurunan 5 sebaik sahaja lantunan harga ini berakhir.

Harga Emas telah melengkapkan gelombang 4 dan ia kini sedang memulakan pergerakkan menurun baru yang akan membawa harga Emas bergerak menuju ke arah harga $ 1,000. Saya cenderung memihak kepada aliran penurunan harag selagi Emas didagangkan di bawah harga $ 1,391. Stop loss bagi dagangan jangka pendek untuk aliran penurunan terletak pada $ 1,346. Senario penurunan harga dilihat akan mempunyai lebih banyak peluang untuk mendominasi sebaik sahaja Emas berjaya menembusi di bawah $ 1,285 dan $ 1,240.