EUR/JPY
Tinjauan - Di dalam artikel semalam, kami mencadangkan kepada para pedagang untuk mengambil pesanan menjual pada tahap sasaran 136.87, pasangan mata wang ini dilihat telah membuat tahap rendah baru pada 136.68.
Gambaran Teknikal -

Pasangan mata wnag ini telah menjunam ke tahap rendah lima bulan yang terletak pada tahap 136.83.
Merujuk pada carta mingguan, pasangan ini telah mencecah WSma 50 dan ia kini sedang didagangkan di bawah tahap tersebut.
Berdasarkan pada carta harian, pasangan mata wnag ini dilihat sedang didagangkan di bawah purata pergerakkan harian, mingguan dan jangka pendek.
Untuk aliran menurun, pasangan mata wang ini mempunyai sokongan yang terletak pada tahap 136.20-136. Sekiranya mata wang euro in berjaya menembusi pada tahap 136, maka ia akan mendorong harga untuk bergerak jauh lebih rendah sehingga harga mencecah pada tahap 135.50, 134.20, 132.40 (DSma200) dan tahap 131.20 akan dibuka. RSI mingguan kini sedang bergerak ke arah bawah. Walau bagaimanapun, RSI harian kini adalah terlebih jual dan RSI setiap jam kini berada di dalam keadaan yang sangat terlebih jual.
Sokongan 136.20-1.36, 134.20, 132.40.
Rintangan 137.75, 138.70, 140.

Untuk dagangan setiap jam, pasangan mata wang ini sedang didagangkan di bawah purata pergerakkan setiap jam. Pasangan mata wang ini dilihat mempunyai rintangan yang terletak pada tahap 137.40, dan 137.77. Pengayun momentum setiap jam telah menunjukkan tanda-tanda terlebih jual. Kami menjangkakan bahawa pasangan mata wang ini akan menembusi sokongan yang terletak pada tahap 136.60, jika tidak harga berpotensi untuk melanjutkan aliran penurunan sehingga ke tahap 136.20.
Safe traders boleh mengambil pesanan membeli pada tahap 136.25 dengan sl ditetapkan pada tahap 136.
Perdagangan ini melibatkan risiko yang tinggi, tidak sesuai untuk kesemua pedagang.
Bagi anda yang ingin mengambil risiko kecil, adalah disarankan kepada anda untuk mencuba ini dengan mensasarkan ke tahap 136.60, 1.37 dan 137.40.
Penutupan harian dibawah tahap 136, berpotensi untuk mendorong harga bergerak ke tahap yang lebih rendah ke tahap 134 pada mulanya. Menjual semula di bawah tahap 136.