Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ Analisis Teknikal GBPJPY untuk 18 Julai, 2014

parent
Analisis Forex:::2014-07-18T15:24:26

Analisis Teknikal GBPJPY untuk 18 Julai, 2014

Analisis Teknikal GBPJPY untuk 18 Julai, 2014

Huraian:

Pasangan mata wang GBP/JPY ini diramalkan akan diniagakan dalam julat harga yang lebih rendah. Kadar harga bagi pasangan mata wang ini telah melemah ekoran daripada peningkatan penghindaran risiko pelabur dan jualan eksport Jepun. Walau bagaimanapun, kerugian bagi pasangan mata wang GBP/JPY ini sedang diganggu oleh permintaan daripada pengimport dan pelarasan kedudukan Jepun sebelum hujung minggu Jepun yang panjang. Carta harian dilihat berkecenderungan negatif sebagaimana MACD dan stokastik adalah aliran penurunan harga, walaupun ia kemudianya akan menghampiri ke zon terlebih jual; purata pergerakkan lima hari berada di bawah MA 15 hari dan kian menurun.

Cadangan Perdagangan:

Pasangan mata wang kini sedang berdagang di bawah titik pangsi. Oleh itu pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih rendah selagi harga kekal berada di bawah titik pangsi tersebut. Kedudukan menjual dicadangkan kepada para pedagang dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 172.80; penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membawa harga bergerak ke arah bawah yang seterusnya hingga ke tahap 172.35. Titik pangsi kekal berada pada tahap 173.55. Sekiranya harga bergerak ke arah yang bertentangan dan melantun semula daripada tahap sokongan tersebut dan bergerak di atas titik pangsi, maka harga dijangkakan akan meneruskan pergerakkan menaik. Bagi situasi ini, kedudukan membeli adalah dicadangkan kepada para pedagang dengan sasaran pertama diletakkan pada tahap 174.10 dan sasaran kedua pada tahap 174.55.


Tahap Rintangan:
174.10
174.55
175.15

Tahap Sokongan:

172.80
172.35
172

Kongsi artikel ini:
parent
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...