
Gambaran:
Pasangan mata wang USD/CHF dijangka diniagakan dalam julat harga. Ia terjejas oleh aliran pada kedudukan CHF sebagai ketegangan yang memuncak antara Barat dan Russia di atas konflik Ukraine dan permintaan ke atas mata wang agak perlahan untuk pasangan EUR/CHF. Tetapi mata wang USD/CHF menurun dengan kadar yang terhad oleh jualan franc pada pasanag mata wang CHF/JPY dan dasar monetari dovish Swiss Bank Negara dan juga diselaraskan kedudukannya sebelum hujung minggu. Carta harian adalah masih cenderung kepada positif seperti purata bergerak lima hari berada di atas 15 hari MA dan ke hadapan; MACD dan stochastics menaik, walaupun yang terakhir dalam zon terlebih beli.
Cadangan Dagangan:
Pasangan mata wang ini berdagang di atas pivot point. Pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih tinggi di atas pivot point tersebut. Selagi harga kekal berada di atas pivot point tersebut, dagangan dalam julat yang lebih tinggi adalah amat berpotensi dan kedudukan membeli dicadangkan kepada para pedagang di atas pivot point ini dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 0.9015 dan seterusnya sasaran yang kedua pada tahap 0.9045. Untuk senario alternatif, sekiranya harga bergerak di bawah pivot point tersebut, maka para pedagang disarankan untuk membuka kedudukan menjual dengan menetapkan sasaran pertama pada 0.8935. Penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membolehkan pasangan mata wang ini bergerak ke arah bawah yang seterusnya dengan sasaran kedua terletak pada tahap 0.8910. Pivot point kekal terletak pada tahap 0.8965.
Tahap rintangan:
0.9015
0.9040
0.9075
Tahap sokongan:
0.8935
0.8910
0.8895