EUR/USD: Pasangan sekarang sedang menurun;harga menguji garisan sokongan pada 1.3500 minggu lepas dan harga melantun ke arah atas buat sementara selepas itu.Terdapat garisan rintangan pada 1.3550 (ditambah satu lagi pada 1.3600).Rintangan ini bertindak sebagai halangan kepada sebarang himpunan yang mungkin akan merosakkan cubaan penurunan minggu ini.Ianya adalah mungkin bahawa harga menguji tahap sokongan pada 1.3500 semula dan kemungkinan menembusinya ke arah bawah.

USD/CHF: USD/CHF telah berusaha untuk menguji tahap rintangan yang besar pada 0.9000,dan harga telah berganjak selepas ini selesai.Pasaran menguji tahap rintangan beberapa minggu lepas,tetapi ia tidak berjaya untuk menembusinya ke arah atas.Sekarang perlu untuk menembusi tahap rintangan ke arah atas,maka kenaikkan mungkin bersambung.Sekiranya harga gagal untuk melakukannya,ia mungkin akan bertukar menurun.

GBP/USD: Ketidakupayaan pada pound untuk menyambung pergerakkan menaik menyebabkan ancaman serius kepada kecenderungan kenaikkan semasa.Malah,dagangan jualan telah mula untuk menjadi lebih baik daripada dagangan belian dalam pasaran ini dan penembusan pada kawasan pengumpulan pada 1.7050 akan bermakna ianya adalah semasa sekali tidak wajar untuk mencari dagangan belian.

USD/JPY: Pasaran ini bergerak ke arah bawah dan kemudian mendapat beberapa pembetulan menaik pada Jumaat, 18 Julai.Harga ditutup pada 101.33 - ia boleh menghala ke arah bawah kerana terdapat Bearish Confirmation Pattern dalam carta.

EUR/JPY: Pasangan ini menurun lebih daripada 160 pip minggu lepas,sebelum ia mula untuk mengalami pembetulan kenaikkan yang rendah.Harga dijangkakan untuk menurun ke zon sokongan semula pada 137.00.Sementara itu,zon bekalan pada 137.50 adalah halangan untuk pembetulan menurun yang selanjutnya.
