Carta harian: USDX sedang mencuba untuk membentuk corak tinggi yang rendah atas tahap sokongan pada 80.62,dimana USDX kemungkinan akan mula melakukan pergerakkan pembetulan yang besar untuk melakukan penyatuan sebenar atas 200 SMA sekarang.Unjuran kenaikkan kekal hidup dalam USDX.MACD indicator sedang berada dalam kawasan positif.

Carta H4: USDX kekal kuat dalam aliran kenaikkan,sasaran seterusnya adalah tahap rintangan pada 81.02.Jika USDX melakukan penyatuan atas tahap tersebut,ianya dijangkakan untuk meningkat dimana terletaknya garisan aliran menaik,berhampiran tahap 81.40.Walaubagaimanapun,berhati-hati apabila meletakkan pesanan beli pada tahap semasa.MACD indicator sedang berada dalam kawasan neutral.

Carta H1: USDX sekali lagi telah menjumpai sokongan pada tahap 80.73 dan disana,USDX telah melakukan lantunan kenaikkan,maka ia berkemungkinan dalam jam yang akan datang,USDX boleh meningkat kepada tahap rintangan pada 80.73.Jika USDx melakukan penembusan pada tahap tersebut,ianya dijangkakan untuk meningkat kepada tahap 81.09.MACD indicator sedang berada dalam kawasan neutral.

Cadangan perdagangan untuk hari ini:Berdasarkan pada carta H1,letakkan pesanan beli (long) hanya jika indeks USDX ditembusi dengan graf menaik;tahap sokongan adalah pada 80.93,take profit adalah pada 81.09 dan stop loss adalah pada 80.78.