
Gambaran
Daripada carta H4 hari ini dan seperti yang dijangkakan semalam,pasangan mungkin melakukan isyarat kenaikkan yang baru jika penutupan 4h atas tahap rintangan pada 173.30 selepas ianya diuji semalam.Hari ini,pasangan mengambil pergerakkan menaik dan berjaya untuk menembusi kawasan rintangan yang kuat pada 173.30 kemudian 173.75,tetapi selepas itu ia melantun semula daripada tahap rintangan pada 173.75 untuk membalikkan arah kenaikkan dan ketika harga sedang didagangkan sekitar kawasan rintangan ini.Isyarat menaik yang lebih masih lagi dijangkakan jika penutupan atas kawasan rintangan ini dengan sasaran pertama beberapa pip bawah tahap rintangan pada 174.00,maka kita perlu menunggu untuk pengesahan yang lebih sebelum membuat keputusan.
Tahap rintangan dan sokongan: R3 (175.00), R2 (174.40), R1 (173.75), S1 (173.30), S2 (172.60), S3 (172.20).