Carta Harian: Indeks USDX akhirnya berhasil menembusi rintangan yang terletak pada tahap 81.50, di mana Indeks USDX ini berkemungkinan besar akan mula membentuk corak kenaikkan harga dengan pergerakan pembetulan, kerana USDX kini sedang didagangkan dalam aliran menaik yabg agak ketara. Jika USDX berjaya menembusi pada tahap tersebut, maka sasaran yang seterusnya bagi USDX akan berada pada tahap 82.51.

Carta 4H: Indeks USDX kini dilihat sedang cuba untuk menembusi harga yang terletak pada tahap 81.55, di mana tahap ini adalah bersamaan dengan garisan aliran menaik. Sekiranya berjaya, maka adalah diramalkan bahawa harga akan meningkat hingga mencecah ke tahap 82.00. Walau bagaimanapun, USDX berkemungkinan akan membuat penarikan semula harga dan jatuh kembali ke tahap 81.02. Petunjuk MACD kekal didagangkan di dalam wilayah positif.

Carta 1H: Indeks USDX kelihatan sedang membentuk corak kenaikkan harga di atas tahap sokongan 81.40. Semasa sesi dagangan semalam, USDX dilihat mempunyai momentum kenaikkan harga yang kuat. Jika USDX berjaya menembusi rintangan yang terletak pada tahap 81.58, maka adalah diramalkan bahawa harga akan meningkat hingga mencecah ke tahap 81.73 dalam dagangan jangka pendek. Petunjuk MACD adalah negatif.

Cadangan Perdagangan untuk Hari Ini: Berdasarkan pada carta 1H, para pedagang disarankan untuk mengambil pesanan membeli (beli) hanya sekiranya Indeks USDX ini berjaya menembusi cartalilin kenaikkan harga; dengan menetapkan rintangan pada tahap 81.40, take profit di tahap 81.58, dan stop loss pada tahap 81.21.