EUR/USD: Senario pada pasangan ini agak sama dengan senario pada mata wang pound. Pasaran kini dilihat sedang didagangkan dalam aliran menurun dan tindakan harga kini sedang menunjukkan melantun menaik - tindakan harga sementara. Aliran penurunan harga ini berpotensi untuk melanjutkan pergerakkan ke tahap yang lebih rendah apabila kelemahan mata wang euro ini diperbaharui, menolak harga ke tahap lebih ke bawah ke arah garisan sokongan yang terletak pada tahap 1.3350.

USD/CHF: Pasangan mata wang USD/CHF telah berhadapan dengan rintangan yang serius (tetapi tidak terlalu dalam) dalam konteks lanjutan aliran menaik. Penarikan semula harga ini nampaknya telah berlaku pada tahap sokongan 0.9050. Walau bagaimanapun, apa jua pergerakan harga di bawah tahap sokongan 0.9000 ini akan menandakan bahawa kecenderungan kenaikkan harga telah berakhir, harga berpotensi untuk pergi lebih jauh ke arah atas dari tahap harga semasa, cuba untuk menguji rintangan yang terletak pada tahap 1.9100.

GBP/USD: Kini terdapat sedikit pergerakkan menaik pada mata wang Pound, walau bagaimanapun kenaikkan harga ini dijangkakan hanya bersifat sementara. Harga berkemungkinan akan bergerak ke tahap yang jauh lebih rendah, mencapai wilayah pengumpulan pada tahap 1.6800. Corak Pengesahan Penurunan harga di dalam carta ini masih sah; oleh itu prospek penurunan harga juga sah.

USD/JPY: Pasaran mata wang ini telah melanjutkan pembetulan penurunan harga sebagaimana ia telah menguji tahap bekalan pada 103.00. Tahap ini telah diuji beberapa kali pada minggu lalu sebelum pembetulan penurunan harga semasa mengambil tempat. Bagi memastikan prospek kenaikkan harga bagi pasangan mata wang ini sah, maka harga perlu bergerak menuju ke arah tahap bekalan sekali lagi, berkemungkinan akan menembusi tahap tersebut untuk aliran menaik.

EUR/JPY: Pasangan mata wang ini dilihat telah didagangkan dalam aliran dan ia kini sedang berhadapan dengan ujian. Ini adalah disebabkan oleh stamina yang tidak menentu pada mata wang Euro. Walau bagaimanapun, harga perlu menembusi zon bekalan yang terletak pada tahap 138.00 untuk aliran menaik, sekiranya isyarat kenaikkan harga ini kekal sah.
