Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ Analisis Gelombang Emas untuk 05 Ogos, 2014

parent
Analisis Forex:::2014-08-05T07:42:22

Analisis Gelombang Emas untuk 05 Ogos, 2014


Harga emas masih didagangkan di bawah harga $ 1,300 walau bagaimanapun pada hari ini kami melihat terdaapt senario gelombang alternatif yang menandakan bahawa gelombang E di dalam gelombang segitiga 4 masih belum berakhir dan kita boleh melihat satu lagi bergerak ke arah yang lebih tinggi ke tahap $ 1,350 sekiranya kita menerima isyarat membeli yang diperlukan. 


Analisis Gelombang Emas untuk 05 Ogos, 2014

Harga emas masih didagangkan di bawah awan Ichimoku di dalam carta 4 jam. Harga emas juga masih berada di dalam baji penurunan condong. Jika harga berjaya menembusi di atas $ 1,295, maka kita akan menerima isyarat membeli jangka pendek yang berpotensi untuk menolak harga menuju ke arah tahap $ 1,305 di mana rintangan awan Ichimoku ditemui. Tidak lama lagi, kita akan tahu aliran mana yang lebih kuat ... aliran menaik atau aliran menurun sebagaimana baji kini terbentuk.

Analisis Gelombang Emas untuk 05 Ogos, 2014

Senario gelombang pilihan saya setakat ini telah menamatkan gelombang E pada harga $ 1,346. Alternatif yang saya nyatakan pada hari ini telah ditandakan dengan huruf berwarna biru di dalam carta harian di atas. Eams akan didagangkan stabil di dalam gelombang penurunan B yang telah menembusi penarikan semula 61.8% kenaikan dari harga $ 1,240. Gelombang C pada gelombang E juga telah bermula. Senario ini akan dibatalkan jika Emas menembusi di bawah garisan aliran sokongan $ 1,270. Harga di dalam carta harian dilihat telah berpindah kembali ke dalam awan Ichimoku. Ini menjadikan aliran pasaran adalah neutral. Penembusan dan penutupan harga di bawah tahap $ 1,285 akan menjadi isyarat penurunan harga bagi emas.


Analyst InstaForex
Kongsi artikel ini:
parent
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...