Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ Analisis Harian USD/CHF untuk 06 Ogos, 2014

parent
Analisis Forex:::2014-08-06T13:57:47

Analisis Harian USD/CHF untuk 06 Ogos, 2014

Analisis Harian USD/CHF untuk 06 Ogos, 2014

Huraian:

Pasangan mata wang USD/CHF ini diramalkan akan mengukuh dengan kecenderungan kenaikkan harga selepas mencecah tahap tinggi enam bulan setengah 0.9112 pada hari Selasa. Kadar harga bagi pasagan mata wang ini telah didorong sentimen dolar yang positif, penjualan mata wang franc sewaktu pasangan CHF/JPY melemah, dasar monetari dovish oleh Bank Negara Swiss, dan penularan kelemahan euro pada franc Switzerland. Walau bagaimanapun, keuntungan bagi pasangan mata wang USD/CHF telah terjejas akibat daripadah aliran safe haven CHF sebagaimana risiko geopolitik yang semakin meruncing di Ukraine dan permintaan bagi mata wang franc sewaktu pasangan EUR/CHF melemah. Carta harian dilihat berkecenderungan positif sebagaimana MACD adalah aliran menaik, stokastik kekal tinggi dalam zon terlebih beli, purata pergerakkan lima dan 15-hari kian meningkat.


Cadangan Perdagangan:

Pasangan mata wang ini berdagang di atas titik pangsi. Pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih tinggi di atas titik pangsi tersebut. Selagi harga kekal berada di atas titik pangsi tersebut, dagangan dalam julat yang lebih tinggi adalah amat berpotensi dan kedudukan membeli dicadangkan kepada para pedagang di atas titik pangsi ini dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 0.9120 dan seterusnya sasaran yang kedua pada tahap 0.9145. Untuk senario alternatif, sekiranya harga bergerak di bawah titik pangsi tersebut, maka para pedagang disarankan untuk membuka kedudukan menjual dengan menetapkan sasaran pertama pada 0.9035. Penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membolehkan pasangan mata wang ini bergerak ke arah bawah yang seterusnya dengan sasaran kedua terletak pada tahap 0.9010. Titik pangsi kekal terletak pada tahap 0.9075.

Tahap Rintangan:
0.9120
0.9145
0.9155

Tahap Sokongan:

0.9035
0.9010
0.8975

Kongsi artikel ini:
parent
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...