Harga emas menunjukkan isyarat membeli pada hari semalam sebagaimana harga telah berjaya menembusi di atas baji dan di atas rintangan awan Ichimoku. Harga telah mengukuh di atas tahap harga kritikal $ 1,280. Harga emas telah memulakan pergerakkan menaik daripada tahap $ 1,280. Berdasarkan pada senario aliran menaik jangka pendek, gelombang A telah berakhir pada tahap $ 1,346. Gelombang B yang terletak pada tahap $ 1,280 kini berkemungkinan besar akan menjadi kenyataan. Penurunan dari harga $ 1,346 tidak bersifat impulsif. Oleh itu, penurunan harga ini tidak boleh menjadi permulaan menurun impulsif yang akan membawa harga emas menuju ke arah tahap $ 1,000. Oleh yang demikian, gelombang E kini dilihat masih berlangsung dan belum selesai. Kita kini sedang berada di dalam gelombang C pada gelombang E pada gelombang 4.

Harga emas seperti yang ditunjukkan di dalam carta 4 jam di atas telah ditembusi daripada baji aliran menurun condong. Ia juga telah ditembusi di atas awan Ichimoku tersebut. Awan sokongan kini terletak pada harga $ 1,295. Harga emas juga telah ditembusi di atas 78.6% Penarikan semula Fibonacci yang bergerak dari harga $ 1,312 ke arah tahap $ 1,280. Kita mungkin akan dapat melihat penarikan semula harga menuju ke arah tahap $ 1,300, walau bagaimanapun saya menjangkakan harga emas akan terus membuat kenaikkan harga ke tahap yang lebih tinggi dan tahap rendah yang lebih tinggi.

Harga emas telah menembusi sekali lagi di atas awan Ichimoku di dalam carta harian. Ini adalah isyarat kenaikkan harga. Sasaran jangka pendek saya untuk harga Emas terletak tahap $ 1,340-50. Selagi emas didagangkan di atas harga $ 1,285, saya menjangkakan bahawa pergerakkan menaik ini akan bermula dan menolak harga lebih tinggi ke arah sempadan tahap tinggi segi tiga merah.