Kebarangkalian untuk indeks Dolar menembusi tahap tinggi kian meningkat. Saya amat yakin bahawa indeks Dolar akan melanjutkan aliran menaik sekarang. Saya percaya Indeks dolar hendaklah sekurang-kurangnya membuat satu pengunduran menurun terlebih dahulu. Harga jatuh berhampiran tahap tinggi dengan tindakan harga jangka pendek menunjukkan tanda-tanda pembalikan penurunan harga.

Berdasarkan pada carta 4 jam, harga masih lagi didagangkan di atas awan Ichimoku namun ia dilihat telah membuat corak tahap tinggi lebih rendah dan tahap rendah yang lebih rendah. Sokongan daripada saluran harga hijau dan awan Ichimoku pada tahap 81.35 adalah penting. Jika dipecahkan, kami menjangkakan bahawa kita akan dapat melihat tekanan penurunan harag yang selanjutnya sekurang-kurangnya ke tahap 81.

Carta harian menunjukkan bagaimana cartalilin harian menguji saluran condong menaik jangka panjang. Indeks USDX harus didagangkan dalam aliran penurunan sekiranya harga menembusi di bawah saluran dan ini bermakna di bawah tahap 81.20. Ia boleh menjadi isyarat menjual dengan sasaran pertama ditetapkan pada tahap 80.80 dan tahap 80.20 sebagai sasaran kedua. Jika sokongan yang terletak pada tahap 81.35 ini ditembusi, maka kita perlu meramalkan bahawa indeks Dolar akan meningkat menuju ke arah harga 82.10.