Harga emas kekal disokong oleh penarikan semula Fibonacci 38% jangka pendek. Senario kenaikkan harga yang diramalkan akan menembusi ke arah harga $ 1,350 masih sah. Harga kini dilihat berada di atas awan Ichimoku dan telah memberhenti aliran menurun daripada harga $ 1,322 pada Penarikan Semula harga 38%. Mana-mana penembusan menaik harga harus menembusi di atas tahap $ 1,322 untuk melengkapkan kitaran pembetulan. Sebarang penolakan harga berhampiran pada harga $ 1,320 berpotensi untuk membawa harga Emas kembali didagangkan ke arah tahao $ 1,300.

Harga emas berkemungkinan akan membuat penarikan semula harga ke arah Penarikan Semula 61.8% yang ditemui berada pada harga $ 1,295. Ini bertepatan dengan sokongan awan Ichimoku. Kenaikan daripada tahap $ 1,280 adalah impulsif. Ini bermakna bahawa sekurang-kurangnya satu lagi turutan gelombang menaik 5 harus mengikuti yang mana ia akan menolak harga untuk bergerak ke tahap yang lebih tinggi di atas $ 1,322.

Carta harian kekal menyatakan aliran menaik. Harga kini dilihat sedang didagangkan di atas sokongan awan Ichimoku yang didapati terletak pada harga$ 1,300. Harga dijangkakan akan bergerak mendatar untuk tempoh maksimum 2 hari dan kemudianya ia akan memulakan pergerakkan menaik baru sekurang-kurangnya ke arah tahap $ 1,330. Sasaran utama saya adalah pada tahap $ 1,350 untuk pengakhiran gelombang c pada E 4. Penembusan harga di bawah tahap $ 1,280 adalah merupakan isyarat penurunan harga dan ia akan memberhentikan aliran kenaikkan harga.