EUR/USD: Pasangan mata wang ini didagangkan dalam aliran menurun dan harga kini sedang mengalami keadaan turun naik yang serius akibat daripada perjuangan yang serius di antara aliran menaik dan menurun. Penembusan harga di atas garisan rintangan pada tahap 1.3400 berpotensi untuk menjadikan aliran penurunan harga tidak berguna dan penembusan harga di bawah garisan sokongan pada tahap 1.3350 berkemungkinan akan memperbaharui prospek penurunan harga.

USD/CHF: Pasaran bagi pasangan mata wang ini adalah menaik, walau bagaimanapun aliran menaik telah dihadkan sebagaimana kesan daripada persaingan diantara aliran menaik dan penurunan harga. Aliran penurunan harga ini berkemungkinan akan menolak harga menurun, walau bagaimanapun, aliran kenaikkan harga kekal mendominasi. Selagi harga gagal untuk menembusi sokongan kuat yang terletak pada tahap 0.9000 ke arah bawah, prospek kenaikkan harga akan kekal sah. Harga harus kembali ke arah tahap rintangan pada 0.9100.

GBP/USD: Instrumen perdagangan mata wang ini adalah melemah; ditambah pula dengan kemampuan harga untuk melanjutkan aliran penurunan harga ke tahap yang rendah pada minggu ini. Sasaran seterusnya untuk diuji adalah wilayah pengumpulan yang terletak pada tahap 1.3300. Walau bagaimanapun, ini tidak akan menolak kemungkinan aliran kenaikkan harga sementara.

USD/JPY: Diperhatikan terdapat isyarat kenaikkan harga pada pasangan mata wang USD/JPY. Harga ini berpotensi untuk menembusi tahap bekalna yang terletak pada 103.00. Dalam pada itu, tahap permintaan 102.00 perlu bertindak sebagai rintangan untuk sebarang percubaan penurunan harga.

EUR/JPY: Terdapat ancaman yang serius kepada prospek penurunan harga baru-baru ini bagi pasangan mata wang ini, sebagaimana mata wang Yen telah mula menunjukkan tanda-tanda aliran menurun. Sekiranya harga menutup di atas zon bekalan pada 137.50, maka ini akan mendakan permulaan prospek kenaikkan harga baru.
