Huraian:
Pasangan mata wang GBP/JPY ini diramalkan akan diniagakan dalam julat dagangan. Kadar harga bagi pasangan mata wang ini telah disokong oleh sentimen risiko positif dan permintaan daripada pengimport Jepun. Walau bagaimanapun, keuntungan bagi pasangan mata wang GBP/JPY ini sedang diganggu oleh jualan dan eksport Jepun dan pelarasan kedudukan sebelum hujung minggu. Carta harian dilihat berkecenderungan positif sebagaimana MACD dan stokastik dalam aliran menaik.
Cadangan Perdagangan:
Pasangan mata wang kini sedang berdagang di bawah titik pangsi. Oleh itu pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih rendah selagi harga kekal berada di bawah titik pangsi tersebut. Kedudukan menjual dicadangkan kepada para pedagang dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 170.55; penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membawa harga bergerak ke arah bawah yang seterusnya hingga ke tahap 170.20. Titik pangsi kekal berada pada tahap 171.30. Sekiranya harga bergerak ke arah yang bertentangan dan melantun semula daripada tahap sokongan tersebut dan bergerak di atas titik pangsi, maka harga dijangkakan akan meneruskan pergerakkan menaik. Bagi situasi ini, kedudukan membeli adalah dicadangkan kepada para pedagang dengan sasaran pertama diletakkan pada tahap 171.75 dan sasaran kedua pada tahap 172.65.
Tahap Rintangan:
171.75
172.65
173.30
Tahap Sokongan:
170.55
170.20
169.85