Harga emas kekal didagangkan di atas Penarikan semula Fibonacci 61.8%. Aliran penurunan harga kini telah berhenti. Untuk mengesahkan ramalan kenaikkan harga, kita perlu melihat tidak lama lagi satu pergerakkan menauik baru dan penembusan harga di atas tahap $ 1,313 . Tahap sasaran kami sekurang-kurangnya harus terletak pada harga $ 1,350.

Aliran harga jangka pendek kini dilihat sedang menurun sebagaimana harga sedang didagangkan di bawah awan Ichimoku. Walau bagaimanapun, analisis gelombang Elliott kami menunjukkan bahawa penurunan harga ini adalah merupakan pembetulan menaik yang bersifat sementara daripada tahap $ 1,280 dan ia adalah impulsif. Oleh yang demikian, itulah sebabnya saya mengharapkan sekurang-kurangnya akan terdapat satu lagi aliran menaik impulsif ke tahap yang lebih tinggi. Rintangan jangka pendek didapati terletak pada tahap $ 1,313. Manakala sokongan jangka pendek yang terletak pada harga$ 1,294 dan $ 1,280 adalah merbahaya. Saya ada menyatakan dua senario gelombang Elliott jangka panjang yang berkemungkinan. Ianya adalah bertentangan antara satu sama lain, namun saya percaya bahawa kedua-duanya adalah berkemungkinan.
Walaupun terdapat satu aliran menaik dan satu lagi aliran menurun, namun kedua-duanya tertumpu kepada satu gambaran bahawa aliran menaik ke arah tahap $ 1,350 adalah dijangkakan untuk kedua-dua senario. Rintangan utama didapati terletak pada harga $ 1,350. Sekrianya emas berjaya menembusi pada tahap tersebut, maka kita akan mempunyai gambaran yang lebih jelas mengenai senario yang lebih kuat. $ 1,350 adalah merupakan tahap sasaran saya selagi harga kekal didagangkan di atas tahap $ 1,280.