Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ Analisis Teknikal USD/JPY untuk 20 Ogos, 2014

parent
Analisis Forex:::2014-08-20T14:32:12

Analisis Teknikal USD/JPY untuk 20 Ogos, 2014

Analisis Teknikal USD/JPY untuk 20 Ogos, 2014

Huraian:

Pasangan mata wang USD/JPY ini diramalkan akan diniagakan dalam julat harga yang lebih tinggi. Kadar harga bagi pasangan mata wang ini telah didorong oleh dana pembiayaan perdagangan di tengah-tengah sentimen risiko yang positif (tolok ketakutan VIX susut 0.89% kepada 12.21, S&P 500 meningkat 0.5% untuk ditutup pada 1.981.6 pada hari semalam) data perumahan AS yang mengukuh dan data inflasi yang sederhana: perumahan bermula AS mencatatkan kenaikkan yang lebih kukuh berbanding ramalan 15.7% kepada 1.093 juta pada bulan Julai (berbanding ramalan + 7.6%) dan permit bangunan meningkat kepada 1.052 juta(berbanding ramalan 1.005 juta); teras IHP AS bagi bulan Julai mencatatkan jumlah yang lebih rendah daripada yang dijangkakan iaitu + 0.1% (berbanding ramalan + 0.2%), membolehkan Rizab Persekutuan mengekalkan dasar monetari yang longgar. Sementara itu, risiko geopolitik berkurangan apabila Presiden Rusia, Putin dijadualkan akan bertemu dengan kepimpinan Ukraine minggu hadapan sekaligus meningkatkan harapan untuk penyelesaian krsisi pergolakan di rantau ini. Pasangana mata wang USD/JPY ini juga disokong oleh permintaan daripada pengimport Jepun, kadar hasil Perbendaharaan AS lebih tinggi (10 tahun terakhir pada 2.403% berbanding 2.387% lewat hari Isnin), serta sentimen dolar yang positif (Indeks Spot ICE terdahulu mencatatkan 81.87 berbanding 81.59 awal hari Selasa). Walau bagaimanapun, keuntungan USD/JPY ini sedang terjejas ekoran daripada jualan eksport Jepun.

Ulasan Teknikal:
Carta harian dilihat berkecenderungan positif sebagaimana MACD dan Stokastik adalah aliran menaik, purata pergerakkan 5 dan 15 hari kian meningkat.

Cadangan Perdagangan: 

Pasangan mata wang ini berdagang di atas titik pangsi. Pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih tinggi di atas titik pangsi tersebut. Selagi harga kekal berada di atas titik pangsi tersebut, dagangan dalam julat yang lebih tinggi adalah amat berpotensi dan kedudukan membeli dicadangkan kepada para pedagang di atas titik pangsi ini dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 103.60 dan seterusnya sasaran yang kedua pada tahap 103.75. Untuk senario alternatif, sekiranya harga bergerak di bawah titik pangsi tersebut, maka para pedagang disarankan untuk membuka kedudukan menjual dengan menetapkan sasaran pertama pada 102.70. Penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membolehkan pasangan mata wang ini bergerak ke arah bawah yang seterusnya dengan sasaran kedua terletak pada tahap 102.50. Titik pangsi kekal terletak pada tahap 102.85.

Tahap Rintangan:
103.60
103.75
104

Tahap Sokongan:
102.70
102.50
102.20

Kongsi artikel ini:
parent
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...