Carta Harian: Indeks USDX kini dilihat sedang cuba untuk membentuk corak kenaikkan harga di atas tahap 82.00. Oleh yang demikian, Indeks USDX tidak lama lagi berkemungkinan akan meningkat ke tahap rintangan 82.51. Indeks USDX berpotensi untuk mula memasuki fasa pengukuhan, sebagaimana Indeks USDX kini sedang berada wilayah terlebih beli. Petunjuk MACD kekal berada di dalam wilayah positif.

Carta 4H: Indeks USDX ini telah menembusi rintangan pada garisan aliran menaik yang terletak berhampiran pada tahap 82.40. Oleh yang demikian, Indeks USDX kini dilihat sedang membentuk corak kenaikkan harga. Walau bagaimanapun, USDX berpotensi untuk membuat penarikan semula harga pada tahap semasa dan jatuh ke tahap sokongan yang terletak pada tahap 81.72. Petunjuk MACD kini berada di dalam zon terlebih beli.

Carta 1H: Indeks USDX telah menembusi rintangan yang terletak pada tahap 81.32, di mana instrumen ini telah membentuk dua Fraktal, oleh itu Indeks USDX kini dilihat sedang mencuba untuk menembusi sokongan di tahap 82.02. Jika USDX berjaya menembusi pada tahap tersebut, maka harga diramalkan akan jatuh ke tahap sokongan yang terletak pada 81.73. Penunjuk MACD kekal berada didalam wilayah negatif.
Cadangan Perdagangan untuk Hari Ini: Berdasarkan pada carta 1H, para pedagang disarankan untuk mengambil pesanan membeli (beli) hanya sekiranya Indeks USDX ini berjaya menembusi cartalilin kenaikkan harga; dengan menetapkan rintangan pada tahap 82.32, take profit di tahap 82.50, dan stop loss pada tahap 82.15.