EUR/USD

Pasangan mata wang ini diniagakan pada tahap rendah 11 bulan; harga ditutup di bawah tahap fib 61.8 berdasarkan pada carta bulanan. Pasangan mata wang ini telah merekodkan tahap rendah pada 1.3186 di dalam sesi dagangan awal Pasifik. Untuk aliran penurunan harga, pasangan mata wang ini didapati mempunyai sokongan pada tahap 1.3174 (tahap rendah Ogos 2013) dan pada tahap 1.3105 (tahap rendah September 2013). Pasangan mata wang kini sedang didagangkan dengan isyarat aliran penurunan harga jangka panjang; pasangan ini menutup di bawah garisan aliran sokongan 2 setengah tahun. Dolar ini sedang menikmati kekuatan yang luar biasa terhadap pasangan kaunter.
Sehingga pasangan ini menutup di atas tahap 1.3420, mengambil pesanan menjual semasa kenaikkan harga di dalam asas bulanan akan memberikan keuntungan kepada para pedagang untuk menarik sasaran ke tahap yang lebih rendah pada tahap 1.31, 1.3 dan 1.2750 di dalam dagangan jangka masa sederhana.
Sokogan Mingguan ( 25- 29 Ogos)
Sokongan 1.3160 1.3105
Rintangan 1.3240 1.3295
cmp Urusniaga Harian 1.3199

Pasangan mata wang ini telah merekodkan tahap rendah pada 1.3186 di dalam sesi dagangan awal Pasifik. Merujuk pada carta 1H, pasangan mata wang ini dilihat telah menembusi sokongan kecil yang terletak pada tahap 1.3197 dan 1.3191. Untuk aliran menaik, pasangan ini didapati mempunyai rintangan yang masing-masing terletak pada tahap 1.3224, 1.3250 dan 1.3262. Sehingga cartalilin 1H menutup di atas tahap 1.3224, pasangan ini kelihatan melemah. Untuk urusniaga harian, sehingga harga menutup di atas tahap 1.3250 di dalam carta 4H, aliran penurunan harga masih mendominasi dagangan pasangan mata wang ini.