Huraian:
Sebagaimana analisis kami yang terakhir, pasangan mata wang EUR/NZD ini telah didagangkan dalam aliran menaik. Harga dilihat telah menguji tahap 1.5826 pada (klimaks membeli) jumlah yang ultra tinggi berdasarkan pada carta 4H, yang mana ini adalah merupakan satu petanda bahawa pesanan membeli kelihatan sangat berisiko. Ia masih tidak selamat kepada para pedagang untuk mengambil pesanan membeli, oleh yang demikian, kami mencadangkan kepada para pedagang agar memerhatikan peluang jualan yang berpotensi selepas penarikan semula harga. Sekiranya harga berjaya menembusi pada tahap 1.5710 pada jumlah yang lebih tinggi, maka kita berkemungkinan akan dapat melihat harga menguji pada tahap 1.5595.
Tahap Pangsi Fibonacci :
Tahap Rintangan:
R1: 1.5807
R2: 1.5829
R3: 1.5864
Tahap Sokongan:
S1: 1.5737
S2: 1.5715
S3: 1.5680
Cadangan Perdagangan: Para pedagang dinasihatkan agar lebih berhati-hati semasa mengambil pesanan membeli EUR/NZD dan perhatikan peluang untuk menjual selepas penarikan semula harga berlaku.