Huraian Umum untuk 26/08/2014 14:30 CET
Kelihatan terdapat beberapa isyarat pertama bahawa gelombang impulsif hijau (i) telah berakhir dan pasaran kini sedang didagangkan didalam kitaran pembetulan harga pada gelombang hijau (ii). Sebarang penembusan harga di bawah tahap 136.98 ini akan mengesahkan kecenderungan penurunan harga dan harga diramalkan akan bergerak ke tahap yang lebih rendah tidak lama lagi. Selain itu, penembsuan harga di bawah tahap 136.74 adalah lebih negatif kerana ini adalah merupakan pintu masuk zon penurunan harga. Sebaliknya, hanya penembusan harga di atas tahap tinggi akhir pada 138.02 akan membatalkan prospek penurunan harga impulsif.
Sokongan/Rintangan:
138.05 - WR1
138.02 - Ayunan Tahap Tinggi|Tahap Ketidaksahihan|
137.98 - Tahap Tinggi Gelombang 2 pada 3
137.42 - Pangsi Mingguan
137.25 - Rintangan Urusniaga Harian
136.85 - WS1
136.70 - Tahap Zon Penurunan Harga
136.24 - WS2
Cadangan Perdagangan:
Keadaan kelihatan tidak banyak berubah sejak semalam, oleh yang demikian, pesanan menjual daripada minggu lepas dengan SL di atas tahap 138.02 harus dikekalkan terbuka. Pesanan menjual baru boleh diambil sekiranya harga menembusi pada tahap 136.98 sekali lagi, dengan SL yang sama seperti sebelum ini dan TP ditetapkan pada tahap 136.70 berserta dengan lanjutan penurunan harga yang berpotensi ke arah tahap 135.70.