Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ Analisis Teknikal USD/JPY untuk 26 Ogos, 2014

parent
Analisis Forex:::2014-08-26T13:51:17

Analisis Teknikal USD/JPY untuk 26 Ogos, 2014

Analisis Teknikal USD/JPY untuk 26 Ogos, 2014

Huraian:

Pasangan mata wang USD/JPY dijangkakan akan mengukuh didalam julat yang lebih rendah selepas harga mencecah tahap tinggi tujuh bulan pada tahap 104.49 hari Isnin. Pasangan mata wang USD/JPY kini dilihat sedang melemah ekoran daripada data AS yang mengecewakan. Sebagai contoh, jualan rumah baru tidak disangka-sangka jatuh sebanyak 2.4% pada bulanan kepada 412,000 pada bulan Julai (berbeza dengan ramalan yang mengunjurkan kenaikkan sebanyak 4.7% kepada 425,000); Indeks aktiviti perniagaan Fed Dallas menurun kepada 7.1 pada bulan Ogos berbanding 12.7 pada bulan Julai; PMI Perkhidmatan Flash Markit AD bagi bulan Ogos AS merekodkan bacaan yang lebih rendah pada 58.5 berbanding bacaan akhir pada bulan Julai, 60.8. Pasangan mata wang USD/JPY ini juga  telah dipengaruhi oleh tarikh kadar hasil Perbendaharaan AS yang lebih panjang (10 tahun pada 2.383% berbanding 2.403%% lewat Jumaat), jualan eksport Jepun, permintaan JPY sewaktu mata wang yen meelmah di tengah-tengah selera risiko yang semakin berkurangan (Tolok ketakutan VIX meningkat 2.01 % kepada 11.7). Walau bagaimnapun, S&P 500 ditutup naik 0.48% pada 1,997.92 selepas Presiden ECB, Draghi mengulas mengenai kadar faedah 'dovish'. Tetapi kerugian bagi pasangan mata wang USD/JPY ini sedang diganggu oleh permintaan daripada pengimport Jepun dan kadar hasil Perbendaharaan AS yang lebih tinggi - bertarikh lebih pendek (polisi yang leboh sensitif- hasil 2 tahun 0.504% berbanding 0.492% lewat Jumaat) selepas Pengerusi Rizab Persekutuan , Janet Yallen berucap mengenai kadar faedah yang kurang 'dovish' berbanding jangkaan di Jackson Hole pada hari Jumaat mengekalkan spekulasi Fed untuk kekal sah dan berkemungkinan akan meningkatkan kadar lebih awal daripada yang dijangkakan.

Ulasan Teknikal:
Carta harian dilihat bercampur-campur sebagaimana MACD adalah aliran menaik, purata pergerakkan lima dan 15 hari kian meningkat. namun stokastik kini sedang beralih kepada aliran penurunan ahrga di zon terlebih beli.

Cadangan Perdagangan: 

Pasangan mata wang ini berdagang di atas titik pangsi. Pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih tinggi di atas titik pangsi tersebut. Selagi harga kekal berada di atas titik pangsi tersebut, dagangan dalam julat yang lebih tinggi adalah amat berpotensi dan kedudukan membeli dicadangkan kepada para pedagang di atas titik pangsi ini dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 104.25 dan seterusnya sasaran yang kedua pada tahap 104.50. Untuk senario alternatif, sekiranya harga bergerak di bawah titik pangsi tersebut, maka para pedagang disarankan untuk membuka kedudukan menjual dengan menetapkan sasaran pertama pada 103.40. Penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membolehkan pasangan mata wang ini bergerak ke arah bawah yang seterusnya dengan sasaran kedua terletak pada tahap 103. Titik pangsi kekal terletak pada tahap 103.65.

Tahap Rintangan:
104.25
104.50
104.80

Tahap Sokongan: 
103.40
103
102.70

Kongsi artikel ini:
parent
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...