Carta Harian: Pasangan mata wang GBP/USD ini telah membuat lantunan semula harga pada sokongan yang terletak pada ptahap 1.6540 sekali lagi. Oleh yang demikia, pasangan mata wang kini dilihat sedang cuba untuk naik ke tahap rintangan 1.6668. Walau bagaimanapun, para pedagang harus diingatkan bahawa pasangan mata wang GBP/USD ini sedang membentuk corak rendah yang lebih tinggi, oleh itu pasangan berkemungkinan akan membuat penembusan harga pada tahap 1.6540 dan jatuh ke tahap 1.6447. Petunjuk MACD kini dilihat sedang memasuki zon terlebih jual.
Carta 4H: Pasangan mata wang ini telah berjaya menembusi rintangan yang terletak pada tahap 1.6605, oleh yang demikian, pasangan GBP/USD ini telah membentuk fraktal pada tahap tersebut. Buat masa ini, pasangan mata wang GBP/USD ini dilihat berkemungkinan akan cuba untuk jatuh sehingga harga mencecah ke tahap sokongan yang terletak pada 1.6553. Sekiranya pasangan mata wang GBP/USD ini berjaya menembusi pada tahap tersebut, maka sasaran seterusnya akan terletak pada tahap sokongan 1.6464. Petunjuk MACD kekal berada didalam wilayah positif.
Carta 1H: Pasangan mata wang GBP/USD ini telah berjaya menembusi rintangan yang terletak berhampiran dengan purata pergerakkan 200 hari, oleh itu pasangan ini telah kembali untuk mengukuh di bawah tahap rintangan 1.6578. Buat masa ini, sasaran yang seterusnya untuk aliran penurunan harga adalah pada tahap sokongan 1.6544. Sekiranya pasangan mata wang GBP/USD ini berjaya untuk menembusi pada tahap 1.6578, maka adalah diramalkan bahawa harga akan meningkat sehingga mencecah pada tahap 1.6629. Petunjuk MACD kekal didalam wilayah negatif.
Cadangan Perdagangan untuk Hari Ini: Berdasarkan pada carta 1H, para pedagang disarankan untuk mengambil pesanan menjual (jual) hanya sekiranya pasangan mata wang GBP/USD ini berjaya menembusi cartalilin penurunan harga; dengan menetapkan sokongan pada tahap 1.6544, take profit di tahap 1.6507, dan stop loss pada tahap 1.6581.