
Tinjauan Teknikal dan Carta Persediaan:
1. Pasangan mata wang EUR/JPY ini telah melanjutkan aliran menaik di atas tahap 138.00 seperti yang diharapkan. Jangkaan minima adalah ke tahap 139.40 dan masih potensi untuk bergerak ke tahap 141.50/60. Para pedagang disyorkan untuk kekal membeli buat masa sekarang, risiko kekal pada tahap 136.50.
2. Sokongan bagi pasangan mata wang ini dilihat terletak pada tahap 136.50, diikuti dengan tahap 136.00 dan seterusnya tahap yang lebih rendah. Manakala rintangan pula didapati terletak pada tahap 139.30, diikuti dengan tahap 140.10 dan lebih tinggi.
3. Struktur ini menunjukkan bahawa pasangan mata wang EUR/JPY masih cenderung memihak kepada aliran menaik.
Cadangan Perdagangan:
Kekal membeli, dengan menetapkan kedudukan Stop Loss pada tahap 136.50, dan sasaran adalah terbuka.
Semoga Berjaya!