Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ Analisis Teknikal #USDX untuk 03 Sept, 2014

parent
Analisis Forex:::2014-09-03T07:45:45

Analisis Teknikal #USDX untuk 03 Sept, 2014

Indeks Dollar kekal didagangkan dalam aliran menaik. Harga kelihatan telah berjaya menembusi di atas tahap 83 dan Dollar tidak menunjukkan sebarang isyarat penurunan harga. Indeks Dollar terus mencatatkan tahap harga yang lebih tinggi dan tahap rendah yang lebih tinggi dan kekal didagangkan di dalam saluran condong menaik seperti yang ditunjukkan dalam carta 4-jam di bawah. Analisis Teknikal #USDX untuk 03 Sept, 2014

Sokongan jangka pendek didapati terletak pada tahap 82.85 dan pada tahap 82.70. Penembusan harga di bawah tahap 82.70 berpotensi untuk menolak indeks harga menuju ke arah tahap 82.50. Rintangan didapati berada pada tahap 83.10 dan 83.40. Awan Ichimoku kekal berada di bawah tahap harga semasa dan ini adalah merupakan satu lagi petanda yang menunjukkan bagaimana kuatnya aliran menaik.


Analisis Teknikal #USDX untuk 03 Sept, 2014

Aliran harian kekal menaik. Harga kini dilihat sedang didagangkan di dalam saluran condong menaik daripada tahap 79.75. Sokongan harian ditemui terletak pada tahap 82.50 dan pada tahap 82.25. Saluran condong menaik terletak pada tahap 82.25. Sekiranaya harga menembusi pada tahap ini, maka kita berkemungkinan akan dapat melihat pasangan mata wang ini melonjak ke tahap 81.40 atau awan Ichimoku pada tahap 81.10-81.20. Aliran pasangan bagi pasangan mata wang ini masih menaik. Sasaran seterusnya terletak pada tahap 84.


Analyst InstaForex
Kongsi artikel ini:
parent
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...