Huraian:
Sebagaimana analisis kami yang terakhir, pasangan mata wang EUR/NZD ini telah didagangkan dalam aliran mendatar di sekitar tahap harga 1.5780. Kami mendapati bahawa Penarikan semula Fibonacci 61.8% pada harga 1.5800 telah ditembusi dengan jayanya. Ia masih lagi tidak selamat untuk para pedagang mengambil pesanan membeli, oleh yang demikian para pedagang disarankan untuk memerhatikan peluang jualan yang berpotensi selepas penarikan semula harga. Menurut pada carta 4H, kami mendapati bahawa bekalan kini berada di atas purata, oleh yang demikian pesanan belian kelihatan sangat berisiko pada tahap ini. Bekalan yang lebih besar dalam jumlah yang tinggi berkemungkinan akan mengesahkan pergerakkan penurunan harga yang selanjutnya.
Tahap Pangsi Fibonacci Harian :
Tahap Rintangan:
R1: 1.5821
R2: 1.5835
R3: 1.5858
Tahap Sokongan:
S1: 1.5776
S2: 1.5762
S3: 1.5740
Cadangan Perdagangan: Para pedagang dinasihatkan untuk lebih berhati-hati semasa mengambil pesanan membeli pasangan mata wang EUR/NZD dan perhatikan menjual selepas penarikan semula harga.