Tinjauan Teknikal dan Carta Persediaan:
1. Aliran harga bagi pasangan mata wang GBP/CHF ini telah diterbalikkan lebih awal daripada tahap 1.5250/70 sebagaimana yang telah kita ramalkan. Aliran menaik pada hari semalam boleh disifatkan sebagai ujian dan pergerakkan harga yang seterusnya mungkin akan menjadi lebih rendah daripada tahap ini. Oleh yang demikian, adalah disyorkan kepada para pedagang untuk kekal menjual, dengan menetapkan untuk risiko kekal di tahap 1.5450.
2. Sokongan didapati terletak pada tahap 1.4970, 1.4760 dan diikuti oleh tahap yang lebih rendah. Sementara itu, rintangan kekal berada pada tahap 1.5350 dan 1.5450.
3. Struktur ini menunjukkan bahawa pasangan mata wang GBP/CHF ini berkemungkinan akan terus didagangkan dalam aliran menurun menuju ke tahap lebih rendah sekurang-kurangnya ke arah tahap 1.4850.
Cadangan Perdagangan:
Kekal berada pada kedudukan menjual, dengan menetapkan kedudukan Stop Loss di tahap 1.5450, dan sasaran adalah terbuka.
Semoga berjaya!