Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ Analisis Harian GBP/USD untuk 08 September, 2014

parent
Analisis Forex:::2014-09-07T23:32:35

Analisis Harian GBP/USD untuk 08 September, 2014

Carta Harian: Pasangan mata wang GBP/USD telah memulakan dagangan minggu ini dengan jurang  penurunan harga yang kuat di bawah tahap rintangan 1.6235, oleh yang demikian, pasangan mata wang ini berpotensi untuk melonjak naik hingga ke tahap 1.6326 untuk mengisi jurang tersebut. Walau bagaimanapun, pasangan mata wang GBP/USD ini juga berkemungkinan akan kehilangan momentum kenaikkan harga pada tahap 1.6235 dan harga mungkin akan jatuh ke tahap sokongan 1.6146. Petunjuk MACD kekal berada di dalam wilayah negatif.

Analisis Harian GBP/USD untuk 08 September, 2014

Carta 4H: Pasangan mata wang GBP/USD kini dilihat sedang didagangkan di bawah rintangan yang terletak pada tahap 1.6247, dan pasangan ini berkemungkinan akan menembusi pada tahap tersebut bagi membolehkan ia naik ke tahap rintangan yang terletak pada 1.6350 untuk mengisi aliran menurun dan cuba membentuk corak penurunan harga dengan lebih jelas. Pasangan mata wang GBP/USD ini didapati kekal berdagang di bawah purata pergerakkan 200-hari dan petunjuk MACD kekal berada di dalam wilayah negatif.

Analisis Harian GBP/USD untuk 08 September, 2014

Carta 1H: Sebagaimana kesan daripada jurang penurunan harga, pasangan mata wang GBP/USD ini dilihat telah membentuk fraktal pada sokongan yang terletak di tahap 1.6170 dan kini, pasangan GBP/USD dilihat sedang cuba untuk menembusi tahap rintangan 1.6252. Sekiranya berhasil, maka adalah diramalkan bahawa harga akan melonjak hingga mencecah ke tahap rintangan 1.6338,  oleh itu pasangan GBP/USD dijangkakan akan pulih disebabkan oleh kaji selidik baru-baru ini oleh akhbar-akhbar di mana undian Scots mungkin akan memihak kepada Kemerdekaan Scotland dari United Kingdom.

Analisis Harian GBP/USD untuk 08 September, 2014

Cadangan Perdagangan untuk Hari Ini: Berdasarkan pada carta 1H, para pedagang disarankan untuk mengambil pesanan menjual (jual) hanya sekiranya pasangan mata wang GBP/USD ini berjaya menembusi cartalilin penurunan harga; dengan menetapkan sokongan  pada tahap 1.6578, take profit di tahap 1.6544, dan stop loss pada tahap 1.6611.

Kongsi artikel ini:
parent
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...